Percubaan Pertama saya menggunakan variety ini begitu memuaskan hati biarpun tidak mencapai target yang diharapkan.
Hasil yang dicapai dengan pengalaman penjagaan yang kurang tentang variety ini agak memuaskan iaitu 2750 MT serelung Kedah.dengan hanya menggunakan benih sebanyak 28kg/relung.
Jumlah benih yang paling sesuai ialah 35 hingga 40kg/relung.
Jadual Kerja Yang Disyorkan
Rendam benih selama 36 jam
2 hari sebelum tabur - tabur baja organik 8:8:8
0 HLT - tabur benih. Kadar benih 35kg hingga 40 kg serelung
5 - 8 HLT - Racun rumput
Guna racun pra cambah
15 HLT - Tabur baja Campuran ( subsidi kerajaan) 70kg/relung
- Mula mengubah anak padi
- Racun Ulat jika perlu ( guna racun kawalan adalah disyorkan)
35 HLT - Tabur UREA 10kg/relung
Silicon 20kg/relung
Campuran subsidi 20 kg/relung
Racun Ulat ( racun kawalan )
40 - 45HLT - kawal serangga perosak jika ada tanda serangan
55 HLT - baja sebatian tambahan 50 kg/ relung
- Urea 15 kg/relung
55 - 60 HLT - racun kulat bagi mengawal hawar seludang, reput tangkai dan karah
- racun disyorkan :- Fujione untuk mengawal reput tangkai dan karah
- Moncut untuk mengawal hawar seludang
70 HLT - baja sebatian tambahan 40 kg/relung
- MOP 20 kg/relung
- 10 kg/relung
# seterusnya pantau serangga perosak dan kawal mengikut keperluan